Nancy puji anggota wanita berani lapor dakwaan gangguan seksual ketua polis

Nancy puji anggota wanita berani lapor dakwaan gangguan seksual ketua polis

Menteri Nancy Shukri berkata kes di Sarawak menarik perhatiannya kerana membabitkan agensi diharap menjaga keselamatan masyarakat.

Nancy Shukri berkata kes dakwaan gangguan seksual membabitkan ketua polis daerah di Sarawak masih dalam siasatan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri memuji keberanian seorang anggota polis yang tampil membuat laporan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan ketuanya di Sarawak.

Beliau berkata, kes itu menarik perhatiannya memandangkan kejadian membabitkan agensi penguat kuasa yang diharapkan menjaga keselamatan dan melindungi masyarakat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai itu kerana berani melaporkan perkara itu.

“Saya juga sangat berminat dengan kes ini kerana ia melibatkan orang yang kita harap-harapkan, tetapi berlaku situasi seperti ‘pagar makan padi’,” katanya selepas melancarkan program Toleransi Sifar Gangguan Seksual: Say No to Sexual Harassment.

Semalam, media melaporkan seorang ketua polis daerah di Sarawak disiasat selepas anggota wanita bawahannya membuat laporan berhubung dakwaan gangguan seksual.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian itu bermula bulan lalu selepas anggota wanita terbabit ditugaskan di IPD berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.