Perkeso sah SPRM tahan pegawai disyaki terima habuan projek Penjana

Perkeso sah SPRM tahan pegawai disyaki terima habuan projek Penjana

Dilaporkan semalam SPRM menahan seorang pegawai perkhidmatan kerana disyaki menerima habuan ribuan ringgit antara 2021 hingga 2022.

Perkeso berkata, pihaknya tidak akan mencampuri urusan SPRM dalam menyiasat pegawainya berhubung bayaran insentif pengambilan pekerja bawah program Penjana.
PETALING JAYA:
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengesahkan seorang pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).

Menurut Perkeso, pegawai itu disyaki terlibat menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja bawah Penjana.

Perkeso berkata, pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan SPRM.

“Perkeso akan memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan penyiasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan.

Dilaporkan semalam SPRM menahan seorang pegawai perkhidmatan kerana disyaki menerima habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat antara 2021 hingga 2022.

Penahanan lelaki berusia 20-an itu dipercayai berkait tindakannya menerima dorongan meluluskan permohonan bayaran insentif pengambilan pekerja bawah program Penjana bernilai RM1.3 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.