Gangguan air di 99 kawasan di Selangor minggu depan

Gangguan air di 99 kawasan di Selangor minggu depan

Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor dijangka berdepan gangguan bekalan air dari 22 hingga 23 Mei ini akibat paip pecah.

Air Selangor menyatakan kerja pembaikan akan dilaksanakan pada awal Mei jika kebocoran paip secara kritikal berlaku. (Bernama pic)
PETALING JAYA:
Sebanyak 99 kawasan di Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Gangguan bekalan air itu dijangka dari 22 hingga 23 Mei ini di Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan di Facebook berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang 9 malam 24 Mei ini.

“Kerja pembaikan kecemasan ini melibatkan paip saluran utama berdiameter 2,200mm dan melibatkan kawasan agihan berskala besar. Oleh itu, pembaikan dan pemulihan mengambil masa agak lama.

“Sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal,” katanya sambil menambah kemas kini akan diberikan dari semasa ke semasa.

Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.