Blogger direman berkait projek kerajaan RM41 juta

Blogger direman berkait projek kerajaan RM41 juta

Sumber SPRM berkata, suspek dipercayai menerima suapan sekitar RM1.3 juta daripada sebuah syarikat IT sekitar 2020.

Blogger dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk direman oleh SPRM.
PETALING JAYA:
Seorang penulis blog direman sehingga esok bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan projek kerajaan bernilai RM41 juta.

Sumber SPRM berkata, suspek mempunyai “ramai pengikut” dan dipercayai menerima rasuah sekitar RM1.3 juta daripada sebuah syarikat IT sekitar 2020.

“Suapan itu dipercayai sebagai dorongan untuk suspek melobi (kerajaan ketika itu) supaya syarikat itu diberikan kontrak,” kata sumber itu.

Difahamkan, selain siasatan berhubung dakwaan rasuah itu, agensi antirasuah juga meneliti prosedur yang membawa kepada projek itu dianugerahkan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.