
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 69 tahun itu ditahan selepas mendapat laporan pada 4.36 petang Selasa.
“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod lampau dan saringan air kencing negatif,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, permohonan reman akan dilakukan hari ini di Mahkamah Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Beliau menasihati orang ramai tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik dan mengganggu gugat ketenteraman awam.
Terdahulu, tular video 10 saat menunjukkan seorang lelaki berdiri di tempat mengambil wuduk, dipercayai sedang membuang air kecil sebelum ditegur seorang lelaki lain mengenai perbuatannya itu.