Tiada senarai calon, kerusi dimuktamad MCA bagi PRN, kata Wee

Tiada senarai calon, kerusi dimuktamad MCA bagi PRN, kata Wee

Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, tiada apa yang hendak dikatakannya buat masa ini.

Wee Ka Siong berkata, beliau tidak dipanggil dan tidak menghadiri sebarang mesyuarat setakat ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tiada senarai calon atau kerusi yang dimuktamad­kan MCA setakat ini untuk bertan­ding dalam PRN enam negeri, kata Presidennya, Wee Ka Siong.

Beliau berkata, tiada apa yang hendak dikatakannya buat masa ini.

“Saya tidak dipanggil dan saya tidak hadir ke mana-mana mesyuarat setakat ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Minggu lalu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon dipetik akhbar sama berkata, agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan bagi PRN enam negeri perlu dibincangkan secara blok, bukannya membabitkan individu tertentu saja.

Katanya, persetujuan bersama semua parti komponen BN diperlukan dalam menghadapi PRN, yang sejajar ketetapan gabungan itu.

Tetapi, Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting berkata, senarai calon atau kerusi untuk dikemukakan ke peringkat tertinggi BN masih dalam perbincangan dan tiada lagi senarai dimuktamadkan.

“MCA telah menjalankan beberapa kali me­syua­rat rasmi dan juga tidak rasmi, tetapi buat masa ini, tiada senarai ditetapkan untuk diserahkan kepada Dewan Tertinggi BN,” katanya sambil menambah semua keputusan atau pengumuman bergantung kepada BN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.