Polis buru warga asing cuba rogol kanak-kanak

Polis buru warga asing cuba rogol kanak-kanak

Suspek membawa mangsa berusia empat tahun ke belakang sebuah kedai untuk merogolnya namun gagal.

Polis berkata mangsa dibawa ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk pemeriksaan lanjut. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Polis memburu seorang lelaki warganegara asing kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun, di Telupid, Beluran.

Ketua Polis Beluran, Kasim Muda, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu mangsa.

Katanya, ibu mangsa melaporkan dia melihat suspek berumur 40 tahun itu cuba merogol anaknya di belakang sebuah kedai.

“Dalam laporannya, pengadu sedang mencari anak, melihat suspek membawa mangsa ke kawasan belakang kedai.

“Bagaimanapun, suspek dilihat segera menutup zip seluarnya dan beredar dari lokasi selepas menyedari kehadiran ibu mangsa,” katanya menurut Utusan Borneo.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek adalah jiran pengadu dan kerap melihat lelaki itu bermain dengan anaknya.

“Kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.