Lelaki OKU jadi mangsa serakah seks luar tabii

Lelaki OKU jadi mangsa serakah seks luar tabii

OKU lemah intelektual itu diperdaya oleh suspek sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa, Ahad lalu.

Suspek lelaki berusia 36 tahun telah ditahan pagi Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, menurut polis.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) menjadi mangsa serakah seks luar tabii seorang lelaki yang dipercayai memperdaya untuk menghantarnya pulang ke rumah dalam kejadian di Batu Gajah dekat Ipoh Ahad lalu.

Berita Harian melaporkan, mangsa yang berusia 28 tahun bagaimanapun dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pondok kebun sayur.

Ketua Polis Batu Gajah, Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata suspek berusia 36 tahun memperdaya mangsa yang juga OKU lemah intelektual kononnya mahu menghantarnya pulang, kira-kira 4 petang.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 4.32 petang Ahad lalu sebelum tindakan lanjut diambil.

“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan jam 11.30 pagi Isnin lalu oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah dan turut merampas sebuah kereta serta telefon bimbit.

“Mangsa dipaksa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii selepas suspek memperdayakan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama lima hari bermula semalam (Selasa) hingga 6 Mei ini,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi polis atau pegawai penyiasat, Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-3976564 untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.