Disyaki perdaya pemegang saham RM1 juta, pengurus pelabuhan direman

Disyaki perdaya pemegang saham RM1 juta, pengurus pelabuhan direman

Suspek ditahan petang semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang wanita kerana memperdaya pemegang saham sebuah syarikat berkenaan kerja pengerukan lumpur di Pelabuhan Bagan Datuk, Perak.

Perintah reman selama empat hari hingga 11 Mei terhadap suspek yang juga pengurus pelabuhan berusia 40-an dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan kira-kira 6.15 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Katanya, suspek didakwa memperdaya pemegang saham berkait kerja itu untuk menuntut nilai kerja lebih dari sepatutnya di syarikat lain.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dengan menyebabkan kerugian syarikat berjumlah RM1 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.