
Bagaimanapun, pada sidang akhbar hari ini Lim berkata keputusan sama ada beliau akan bertanding untuk penggal kedua ditentukan parti.
Beliau berkata, parti itu sedang memuktamadkan senarai calonnya tetapi, bergantung kepada rundingan kerusi, barisan itu mungkin terdiri daripada calon yang mewakili kerajaan perpaduan.
“Saya harap dapat terus berkhidmat di Kampung Tunku,” katanya selepas majlis di Masjid Kampung Tunku.
“Sepanjang lima tahun kebelakangan ini, kami telah mewujudkan asas yang baik dan membina hubungan yang kukuh dengan jawatankuasa masjid tempatan, persatuan penduduk, wakil kuil dan NGO.”
Beliau menggesa pengundi di Selangor untuk keluar pada PRN agar Pakatan Harapan dan sekutunya kembali untuk satu penggal lagi.
Dalam PRU14 pada 2018, Lim menjadi Adun wanita pertama Kampung Tunku selepas menewaskan Tam Gim Tuan daripada MCA dengan majoriti 30,444 undi.
Enam negeri – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang dikuasai PH, serta Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin PAS – akan mengadakan PRN selepas tempoh mereka berakhir pada akhir Jun.