Rakaman CCTV tunjuk kaunter ikat jamin tak tutup awal, kata pendaftar

Rakaman CCTV tunjuk kaunter ikat jamin tak tutup awal, kata pendaftar

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata, rakaman CCTV jelas menunjukkan kaunter ikat jamin beroperasi sehingga 4 petang.

Khamis lalu, FMT melaporkan enam lelaki yang minta dibicarakan atas konspirasi jenayah dengan niat menipu, terpaksa menghabiskan hujung minggu panjang di penjara, dengan peguam mereka mendakwa kaunter ikat jamin ditutup awal berbanding kebiasaan.
PETALING JAYA:
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter ikat jamin Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk membuktikan enam lelaki terpaksa menghabiskan hujung minggu di penjara kerana penjamin mereka tidak hadir.

Ia dalam kenyataan berkata, rakaman CCTV kaunter ikat jamin mahkamah pada 20 April lalu jelas menunjukkan mereka masih beroperasi sehingga 4 petang.

Sebelum ini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata, ia perkara biasa untuk kaunter ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ditutup pada 4 petang ketika Ramadan.

Khamis lalu, peguam mewakili enam lelaki yang minta dibicarakan atas konspirasi jenayah dengan niat menipu memberitahu FMT, anak guamnya terpaksa menghabiskan hujung minggu panjang di penjara kerana kaunter ikat jamin ditutup awal berbanding kebiasaan.

Peguam mereka, Alvin Tan dilaporkan mendakwa kakitangan mahkamah menutup kaunter pendaftaran pada 2.53 petang, walaupun notis menyatakan waktu pejabat sehingga 4.30 petang.

Beliau mendakwa kaunter itu ditutup, walaupun keluarga enam lelaki itu sudah mengumpul wang jaminan mencukupi dan bergegas ke kaunter kira-kira 2.40 petang.

Penjamin perlu hadir untuk mahkamah mengesahkan identiti mereka dan menerangkan secara lisan syarat tempoh ikat jamin dan tanggungjawab mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said kemudian mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah kementeriannya menyiasat dakwaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.