
Sumber memberitahu FMT, pembantu yang digantung tugas itu dibayar gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penggantungan tugasnya dibuat mengikut prosedur.
Sumber lain mengesahkan bahawa dua pembantu yang lain telah kembali bekerja.
“Pegawai pertama yang ditahan masih belum kembali (bekerja),” kata sumber itu kepada FMT.
Ketiga-tiga pembantu menteri itu ditahan seminggu lepas, sehingga Isnin, apabila tempoh reman tamat.
Semakan FMT di laman web kementerian menunjukkan nama tiga pembantu kembali disenaraikan sebagai kakitangan selepas dikeluarkan pada 16 April.
Sivakumar turut dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan minggu lepas. Beliau berkata pada masa itu, beliau bukan suspek dalam kes itu.
FMT telah menghubungi pejabat Sivakumar dan Perkeso untuk mendapatkan komen.