Ibu disyaki dera anak 10 bulan ditahan

Ibu disyaki dera anak 10 bulan ditahan

Polis berkata kesan lebam dapat dilihat di seluruh badan bayi itu, dipercayai akibat penderaan.

Bayi berusia 10 bulan itu kini dirawat di Hospital Shah Alam.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang wanita berumur 26 tahun di kediamannya di Petaling Jaya kerana disyaki mendera anak sendiri berumur 10 bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, Khamis lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, dalam kenyataan berkata kesan lebam dapat dilihat di seluruh badan bayi itu, dipercayai akibat penderaan.

Beliau berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima laporan daripada petugas Hospital Shah Alam, tempat bayi itu dirawat.

Katanya, wanita itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.