TMJ ‘pelawa’ SPRM periksa kewangan JDT

TMJ ‘pelawa’ SPRM periksa kewangan JDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab bola sepak itu berkata, kewangan JDT datang daripada penaja, dirinya dan Sultan Johor.

Sebelum ini bangkit tuduhan bahawa barisan pemain JDT dibayar oleh ‘kontraktor. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kelab bola sepak yang berminat untuk datang memeriksa serta melakukan audit kewangan termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaan kelab itu.

Tunku Mahkota Johor berkata demikian di Twitter sebagai respons berhubung tuduhan gaji barisan pemain JDT dibayar oleh “kontraktor”.

Menurut Tunku Ismail, kewangan JDT daripada penaja, dirinya, dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Ini bukan duit dari menteri besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula dengan kelab anda?”

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Tunku Ismail berkata, beliau sudah lama menunggu soalan berhubung tuduhan “kontraktor” membayar gaji pemain JDT yang dibangkitkan oleh seorang pengguna Twitter.

JDT, juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, kini menerajui musim 2023 dengan mengumpul 21 mata selepas memulakan kempen dengan cemerlang, meraih kemenangan dalam tujuh perlawanan pertama dengan mencetak 30 gol dan bolos hanya sekali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.