
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noradila Ab Latif bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada 8.42 pagi diiringi anggota polis.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi semalam, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Besol di Bukit Besi, selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suspek yang dikahwininya tahun lalu.
Ketua Polis Dungun, Baharudin Abdullah, dilapor berkata kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang berusia 30-an sehingga membawa kepada tragedi itu.
Mangsa memiliki lapan anak iaitu tujuh hasil perkahwinan terdahulu dan seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinan dengan suspek.