
Kumpulan pelajar itu dirawat sebagai pesakit luar selepas mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah dan sakit kepala sejak Isnin lalu.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi negeri, A Sivanesan, berkata siasatan awal Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak mendapati 60 pelajar Tingkatan 1 hingga 5 bergejala.
“Temu bual dengan pelajar mendapati masakan ayam itu sudah berbau semasa dimakan, justeru disyaki ayam mentah rosak sebelum dimasak, memandangkan baunya tidak menyenangkan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, dapur asrama sekolah itu diarahkan tutup selama tiga hari bagi tujuan pembersihan dan 10 sampel klinikal diambil untuk analisa.
Pada Januari 2018, 34 pelajar MRSM Gerik menerima rawatan kerana dipercayai mengalami keracunan makanan.