Mengapa tukar KM demi bentuk kerajaan perpaduan negeri, kata KJ

Mengapa tukar KM demi bentuk kerajaan perpaduan negeri, kata KJ

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata Umno hanya perlu memberi arahan kepada ketua menteri Melaka terdahulu, Sulaiman Ali, bagi tujuan itu.

Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka ke-13, pada Jumaat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mempersoalkan keperluan pelantikan ketua menteri baharu Melaka bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu.

Khairy berkata, Umno hanya perlu mengarahkan Sulaiman Ali, yang menjadi ketua menteri sehingga Khamis lalu, membentuk kerajaan perpaduan.

Isnin lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, memberi gambaran pembentukan kerajaan perpaduan sejajar pembentukan kerajaan itu di peringkat pusat.

“Jika itulah yang dikehendaki, tiada keperluan menukar ketua menteri,” kata Khairy dalam episod “Keluar Sekejap” bersama Shahril Hamdan.

Khairy berkata, Zahid melakukan “konsesi besar” dengan merestui penukaran ketua menteri Melaka, yang mana Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh menggantikan Sulaiman.

Terbentuknya kerajaan perpaduan negeri, rakan gabungan Barisan Nasional, Pakatan Harapan (PH) kini boleh mendominasi calon bagi lantikan exco, sebelum ini disandang Adun BN, dakwa Khairy.

“Ini merupakan konsesi besar kerana kita tidak melihat PH menawarkan perkara sama di negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan,” katanya.

Khairy melihat keputusan Zahid membentuk kerajaan perpaduan sebagai langkah taktikal berunding bagi jawatan exco bagi wakil rakyat BN di mana negeri itu dikuasai Pakatan Harapan selepas berakhirnya pilihan raya negeri, tahun ini.

“Ini juga boleh dilihat pendekatan membina keyakinan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan memberi pengecualian kepada Umno,” beliau berkata demikian merujuk keputusan membersihkan Umno berhubung usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti, pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ((JPPM) merupakan agensi di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri diterajui Saifuddin Nasional Ismail, yang juga setiausaha agung PH.

“Ia seperti ‘quid pro quo’. Anda bersihkan kami, saya beri anda beberapa kerusi di Melaka,” katanya sambil menyatakan beliau bukan bertujuan mahu mengaitkan dua perkara tersebut, namun sekadar menggunakan JPPM sebagai contoh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.