
Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di X, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tengku Zafrul Aziz, berkata pesanan terbabit disampaikan ketika pertemuan bersama pimpinan PKR Pandan yang diaturnya sempena Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru.
“Dalam pertemuan ini, pimpinan Pandan menyatakan kesetiaan kepada parti serta komitmen untuk memperkukuh gerak kerja di Cabang Pandan.
“Presiden turut berpesan agar amanat ini disampaikan kepada seluruh anggota Keadilan Pandan: kekalkan kesatuan, gerakkan jentera dan pastikan Parlimen Pandan terus kekal milik Keadilan,” katanya.
Ahad lalu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang juga bekas timbalan presiden PKR mengumumkan keluar daripada PKR selain mengosongkan kerusi.
Beliau yang mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan mempertahankan kerusi itu pada PRU16.
Rafizi sebelum ini meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi pada Mei 2025 selepas tewas pemilihan parti