
Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata mesyuarat itu dijadualkan dihadiri semua pemimpin parti komponen PH bagi membincangkan kerjasama, sebelum rundingan diadakan dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu.
“Tarikh mesyuarat PH pusat belum ditentukan…kita habiskan mesyuarat dalaman PH negeri (dahulu) yang (dijangka) diadakan pada Ahad 2 April,” katanya pada majlis perasmian Bazar Ramadan Prangin Mall 2023 di sini.
Chow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, selepas mesyuarat dalaman PH negeri, gabungan itu akan mengadakan perbincangan dan rundingan dengan BN Pulau Pinang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN.
Pulau Pinang antara enam negeri, termasuk Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang akan mengadakan PRN tahun ini.