
Beliau berkata secara keseluruhan kedudukan baki stok vaksin Covid-19 pada 1 Februari adalah sebanyak 8,633,249 dos.
“Bekalan vaksin sedia ini akan digunakan bagi meneruskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan khususnya untuk pemberian dos penggalak,” katanya dalam jawaban bertulis kepada Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) yang mahu kementerian menyatakan jumlah vaksin yang masih ada dan bila stok tersebut akan mencapai tarikh luput.
Zaliha melaporkan terdapat lima jenis vaksin yang berbaki dalam stok iaitu Covilo (keluaran Sinopharm) sebanyak 499,970 dos, yang akan luput pada Sept; Convidencia (CanSino) sebanyak 499,970 dos luput pada Feb, 2,100,000 dos akan luput pada Mac, dan 900,000 dos akan luput pada April.
Turut dalam simpanan adalah vaksin jenis Coronavac (Sinovac) sebanyak 1,156,389 dos, yang akan luput antara Mac dan Julai, dan 1,000,000 dos akan luput pada Sept.
Baki vaksin jenis Comirnaty (Pfizer) ada sebanyak 2,587,650 dos, yang akan luput antara Feb dan April; dan 244,262 dos vaksin jenis Comirnaty Paeds (Pfizer Paeds) yang akan luput antara Feb dan Jun.
Dalam jawaban bertulis Mac lepas, menteri kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin melaporkan kerajaan memesan 88.1 juta dos vaksin Covid-19 setakat 18 Feb 2022, yang menelan kos sebanyak RM4.72 billion.