
Ketua Polis Perlis, Surina Saad, berkata suspek sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
“Perkara itu (dakwaan penyalahgunaan dadah) sedang dalam siasatan,” katanya menurut Harian Metro.
Pada masa sama, beliau menjelaskan semua prosedur operasi standard (SOP) mengenai suspek membawa senjata api pulang ke rumah pada hari kejadian.
Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop, menjelaskan suspek membawa senjata api pulang kerana masih dalam tugasan operasi.
“Walaupun waktu bertugas sudah tamat, tetapi suspek masih dalam tempoh operasi, jadi itu membolehkannya membawa senjata apinya pulang ke rumah.
“Malah, suspek juga mempunyai kebenaran daripada ketuanya untuk membawa senjata api itu.”
Suri rumah berusia 26 tahun, Safsufarnisya Salleh meninggal dunia selepas ditembak suaminya yang berpangkat lans koperal sekitar 6 pagi Ahad lalu.
Suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perlis direman tujuh hari hingga 12 Mac ini untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.