Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno

Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno

Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan kepimpinan parti, selain kapasitinya sebagai menteri luar.

Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir memutuskan menarik diri daripada saingan merebut jawatan naib presiden Umno menjelang pemilihan parti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abdul Kadir mengumumkan menarik diri daripada perebutan jawatan naib presiden Umno.

Keputusan tersebut dibuat selepas beliau berbincang dengan kepimpinan parti, selain mengambil kira tugas rasmi sebagai menteri luar.

“Banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. Ia juga sekali gus membawa imej Umno yang saya wakili dalam kerajaan perpaduan.

“Pada masa sama, sebagai setiausaha agung BN, saya mahu memberi keutamaan dalam mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan BN dan juga antara parti dalam kerajaan perpaduan,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, beliau akan mempertahankan jawatan dalam majlis kerja tertinggi Umno.

Pada 24 Feb, Zambry mengumumkan beliau menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden.

Pemilihan bagi sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri akan diadakan 11 Mac ini, manakala Umno bahagian dan MKT pada 18 Mac.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.