‘Mengah’ ketika berbahas, Ahli Parlimen Gerik diiring bentara keluar dewan

‘Mengah’ ketika berbahas, Ahli Parlimen Gerik diiring bentara keluar dewan

Fathul Huzir Ayob sebelum itu membahaskan titah diraja dan kelihatan mengah serta melonggarkan tali lehernya.

Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob terpaksa diiringi keluar oleh bentara selepas dilaporkan “mengah” ketika perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, petang ini.
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob terpaksa diiringi keluar oleh bentara selepas kelihatan “mengah” ketika perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, petang ini.

Fathul sebelum itu membahaskan titah diraja, kelihatan mengah dan melonggarkan tali lehernya.

Beliau juga kelihatan beberapa kali memberhentikan ucapannya.

Tindakan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen lain mengarahkan “doktor masuk” dan bertanya kepadanya sama ada beliau dalam keadaan baik.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor kemudian bertanya sama ada Fathul boleh meneruskan perbahasan atau perlu menghentikan ucapannya.

Fathul bagaimanapun memohon maaf, dan berkata, beliau mungkin beremosi ketika berucap.

Beliau kemudiannya meneruskan ucapan sehingga habis, sebelum diiiringi bentara keluar dewan.

Ramli kemudian mengarahkan Fathul dibawa ke klinik untuk pemeriksaan.

Fathul sebelum itu membahaskan isu pembangunan infastruktur, sosio ekonomi, pelancongan dan hak warga parlimen Gerik serta Hulu Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.