
Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) melahirkan kembimbangan rakyat di kawasannya yang terpaksa berdepan dengan kesan pembalakan, iaitu gangguan binatang buas seperti harimau, beruang, gajah dan babi hutan.
“Saya bagi mewakili warga Jerantut, menyeru kepada kementerian bertanggungjawab untuk serius dalam memastikan pembalakan berlaku dalam keadaan terkawal terutamanya dalam aspek penanaman semula.
“Rakyat di Jerantut mendapat gangguan bukan kera, bukan pencuri semata-mata tetapi gajah, beruang matahari, babi hutan, harimau kumbang dan kadang kala harimau belang,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini
Menurutnya lagi, pembalakan dilakukan secara haram wajb dihentikan serta merta manakala pesalah perlu mendapat hukuman setimpal.