
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa, berkata rokok yang diletakkan dalam 68 kotak besar itu ditemukan sepasukan polis daripada Cawangan Siasatan Khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu yang menjalankan ‘Op Kontraban’ di sekitar laluan pantai di belakang sekolah berkenaan, pada 2 pagi.
“Apabila sampai ke kawasan tersebut, pasukan operasi telah melihat sejumlah kotak besar di atas jalan. Pemerhatian telah dibuat dari jarak 50m selama lebih kurang dua jam dan didapati tiada orang yang datang mengambil kotak tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Rohaimi berkata, polis percaya sindiket terlibat telah menggunakan khidmat tonto untuk memerhati pergerakan pasukan operasi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan memiliki rokok seludup yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 10 kali ganda nilai atau RM100,000.