
Presidennya, Syed Hussain Syed Husman berkata “keputusan berani” itu menunjukkan azam politik kerajaan perpaduan dan akan membantu dalam memastikan kemampanan jangka panjang simpanan KWSP, sebaik saja pencarum bersara.
“MEF bimbang pengeluaran melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101.1 bilion mendedahkan ahli KWSP terhadap risiko miskin di hari tua.
“Dengan skim pengeluaran khas ini, ketika ini, kira-kira 48% ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah mempunyai simpanan sangat rendah. Untuk menambah pengeluaran dibuat sepanjang tempoh Covid-19, ahli perlu bekerja selama empat hingga enam tahun (selepas mereka bersara).”

Katanya, kerajaan harus memastikan pencarum KWSP mempunyai simpanan mencukupi untuk menjalani kehidupan normal selepas bersara kerana Malaysia akan menjadi “negara tua” menjelang 2030.
Syed Hussain turut mencadangkan dasar “tidak relevan” KWSP yang membenarkan pengeluaran 1/3 pada usia 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun dikaji semula memandangkan umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.
“Kerajaan mesti menggunakan wang cukai kami dan sumbangan sosial lain untuk menyediakan penjagaan perubatan serta rumah penjagaan lebih baik untuk warga emas. KWSP tidak boleh menjamin faedah begitu kepada rakyat kerana kosnya semakin tinggi.”
Katanya, MEF gembira kerana kerajaan perpaduan sedang meneliti semuanya, selain memahami perkara baik dan praktikal untuk dilaksanakan demi kelestarian hidup selepas bersara.