
Perkara itu dimaklumkan anak saudaranya Tengku Azman Tengku Zainal Abidin dalam hantaran di Instagram.
“Al-Fatihah, bapa saudara saya Tunku Abdul Aziz baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir,
“Semoga rohnya dicucuri rahmat bersama orang yang beriman,” kata Tengku Azman.
Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai naib pengerusi DAP setahun selepas itu.
Pada Julai 2009, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang pertama daripada DAP.
Selain penglibatan dalam dunia politik, beliau turut terlibat dalam usaha menentang rasuah melalui penglibatannya dalam penubuhan Transparency International Malaysia pada 1998 selain menyandang jawatan naib presiden pertubuhan itu hingga 2002.
Tunku Abdul Aziz juga pernah menjadi penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan di New York antara 2006 hingga 2007.