Pengumpul barangan terpakai dijatuhi hukuman mati kerana membunuh

Pengumpul barangan terpakai dijatuhi hukuman mati kerana membunuh

R Saravanan didapati bersalah membunuh K Gobinathan di belakang sebuah restoran di Chemor pada 5 Julai 2015.

R Saravanan dijatuhi hukuman mati di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini atas tuduhan membunuh. (Gambar Reuters)
IPOH:
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh seorang pengawal keselamatan lapan tahun lepas.

Hakim Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap R Saravanan, 41, pengumpul besi dan barangan terpakai setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Saravanan dituduh membunuh K Gobinathan, 44, di belakang Restoran Nashmeer di Medan Klebang Restu, Chemor antara 12 tengah hari dan 1 tengah hari pada 5 Julai 2015.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam T Vijayandran.

Selepas mahkamah selesai menyampaikan keputusan, ahli keluarga tertuduh terus memeluknya sambil menangis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.