
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 19 tahun selepas mengambil kira pengakuan dibuatnya.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus, Terengganu antara jam 2 sehingga 3 petang, Mei tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap tertuduh mengikut Seksyen 91(1)(h) Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan gadis itu masih di bawah umur ketika kejadian.
Tertuduh kemudian didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadap adik perempuannya di lokasi sama pada 3.30 petang, 5 Nov tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.
Bagi tuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 Dis 2022. Ini bermakna, tertuduh yang perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam.