Keluarga guru hilang di Mekah terus dibantu, kata Exco Johor

Keluarga guru hilang di Mekah terus dibantu, kata Exco Johor

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata bantuan awal sudah disalurkan untuk keperluan perjalanan anggota keluarga guru berkenaan ke Mekah bagi urusan pencarian.

Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang di Mekah sejak 12 Dis lalu. (Gambar Facebook)
BATU PAHAT:
Kerajaan Johor akan terus berusaha menghulur pelbagai bantuan kepada keluarga seorang guru Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Mekah bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata bantuan awal sudah disalurkan untuk keperluan perjalanan anggota keluarga guru berkenaan ke Mekah bagi urusan pencarian.

“Sekiranya ada pertambahan pembiayaan yang perlu, boleh memaklumkan kepada kerajaan negeri termasuk kepada wakil rakyat kawasan dan kita sentiasa terbuka untuk membantu,” katanya kepada pemberita selepas lawatannya ke rumah Musthafa di Sri Gading.

“Kerajaan negeri juga telah memaklumkan yang urusan pentadbiran (cuti) bagi Musthafa dan anaknya telah dipermudahkan untuk tujuan melaksanakan pencarian berkenaan,” katanya.

Jumaat lalu Menteri Luar Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata ketua perwakilan Malaysia (Malawakil) di Arab Saudi kini memantau perkembangan usaha pencarian Musthafa, yang dilaporkan hilang sejak 12 Dis lalu ketika mengerjakan umrah dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.