Covid-19 terus catat trend menurun, 246 kes baharu dilapor

Covid-19 terus catat trend menurun, 246 kes baharu dilapor

Kes baharu terdiri daripada 242 jangkitan tempatan dan 2 kes import, dengan tiada kematian dilaporkan.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kini 5,032,677 kes, dengan kematian kekal 36,908 kes.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan trend menurun, dengan 246 kes dilaporkan berbanding 287 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 242 jangkitan tempatan dan dua kes import. Tiada kematian dicatatkan.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini kepada 5,032,677 kes, dengan kematian kekal 36,908 kes.

Setakat semalam, sebanyak 10,477 kes masih aktif, termasuk 20 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 9 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 449 pesakit atau 4.3% menerima rawatan di hospital.

Seramai 401 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.