Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada Tahun Baharu Cina

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada Tahun Baharu Cina

Kementerian Pengangkutan memaklumkan tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya.

Kenderaan barangan dilarang menggunakan jalan raya selama empat hari mulai 20, 21,24 dan 25 Jan bagi elak kesesakan sempena Tahun Baharu Cina.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Jan (sebelum perayaan) serta 24 dan 25 Jan (selepas perayaan) itu.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Larangan ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

“Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat kaedah/perintah serta butiran terperinci mengenai larangan berkenaan di laman sesawang www.lom.agc.gov.my.

Kementerian turut menasihatkan pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.