Hilang di Pantai Cherating, penuntut universiti ditemukan lemas

Hilang di Pantai Cherating, penuntut universiti ditemukan lemas

Mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab ditemukan oleh sepasang suami isteri yang sedang beriadah di pantai, kira-kira 8.6km dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, hilang dibawa arus di Pantai Cherating semalam ketika bermain permainan dalam air. (Gambar Freepik)
KUANTAN:
Seorang pelajar universiti awam yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Cherating di sini semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh sepasang suami isteri yang sedang beriadah di pantai itu pada 7 pagi, kira-kira 8.6km dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Wan Mohd Zahari dalam kenyataan berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat, dan ahli keluarga pelajar itu telah mengesahkan identiti mangsa.

Adam, yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor itu dilaporkan hilang sekitar 1.45 tengah hari semalam, apabila dia dilihat dibawa arus ke kawasan yang lebih dalam ketika bermain permainan dalam air, sebelum hilang dari pandangan.

Arwah dikatakan ke pantai itu bersama 19 lagi rakannya untuk berkelah dan berehat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.