
Pemangku Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi berkata, suspek berumur 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang semalam dan polis akan membuat permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Beliau dalam sidang media hari ini berkata, susulan penahanan itu, polis turut merampas barangan dipercayai milik mangsa kejadian tanah runtuh itu.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook dipercayai daripada seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch ‘n Go milik mangsa.
Tragedi tanah runtuh pada 2.46 pagi 16 Dis itu mengorbankan 31 nyawa, dengan 12 daripadanya kanak-kanak dan seorang bayi lelaki berusia setahun.