
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata suspek kes berkenaan dituduh di mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Dis.
Suspek merupakan ayah tiri kepada mangsa, tambahnya.
Penjelasan ini menyusuli penularan suatu video di media sosial, memaparkan seorang lelaki memukul, mengasari dan menendang seorang kanak-kanak, serta mengarahkan mangsa berlari berulang-alik.
Bertindak atas laporan oleh ibu mangsa pada 19 Dis, polis menahan suspek pada 20 Dis.
Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.
“Pengadu telah melihat beberapa rakaman video yang menunjukkan suspek telah melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap mangsa,” menurut kenyataan.
Polis menyeru orang ramai supaya segera membuat laporan terhadap kes penderaan, terutama melibatkan kanak-kanak.