Mayat wanita tanpa pengenalan diri ditemui

Mayat wanita tanpa pengenalan diri ditemui

Mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 60-an ditemui orang awam di Segamat.

Ketua Polis Segamat, Jumazanzahir Chek Ismail umum penemuan mayat wanita berusia lingkungan 60-an tanpa pengenalan diri. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Mayat seorang wanita dipercayai berusia lingkungan 60-an ditemui orang awam di Segamat, Johor.

Polis memaklumkan mayat itu ditemukan dalam longkang kecil, di Kampung Tengah pada 11.40 pagi tadi.

Identiti wanita itu belum dikenal pasti memandangkan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada dirinya, kata Ketua Polis Segamat, Jumazanzahir Chek Ismail.

Pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada unsur jenayah, setakat ini.

“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya lapor Berita Harian.

Kes dikelaskan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi Ibu IPD Segamat di talian 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.