Pemilihan 2 jawatan tertinggi Umno tak dibangkit dalam mesyuarat MT, kata Isham

Pemilihan 2 jawatan tertinggi Umno tak dibangkit dalam mesyuarat MT, kata Isham

Ketua Penerangan parti Isham Jalil berkata perbincangan berkisar pada perhimpunan agung yang akan datang.

Ahli Umno berbelah bahagi sama ada Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan perlu dicabar pada pemilihan parti minggu depan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perebutan dua jawatan teratas Umno tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya malam tadi, kata ketua penerangannya, Isham Jalil.

Beliau berkata, mesyuarat itu memberi tumpuan kepada perhimpunan agung Umno akan datang.

“Ini akan menjadi mesyuarat pertama selepas pilihan raya umum ke-15, jadi perbincangan berkisar mengenainya (perhimpunan agung),” katanya ketika ditanya Majlis Tertinggi membincangkan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden perlu dipertandingkan pada pemilihan parti.

Pada 26 Dis, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, parti itu masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu, tetapi menambah bahawa ia boleh diselesaikan pada mesyuarat khas pada 12 Jan, sebelum perhimpunan agung.

Umno berbelah bahagi mengenai pertandingan dua jawatan teratas perlu diadakan, dengan sesetengahnya berkata, ia berisiko memecahbelahkan parti manakala pandangan lain pula mengatakan ia membolehkan presiden Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan, membuktikan mereka mendapat sokongan akar umbi.

Semalam, Zahid berkata, beliau yakin dapat mempertahankan jawatannya jika dicabar dan menyatakan akan menyerahkan kepada perwakilan untuk memutuskan sama ada kedua-dua jawatan itu perlu dipertandingkan.

Beliau berkata, sebagai seorang demokrasi, beliau berpandangan terpulang kepada perwakilan untuk bersuara mengenai jenis sistem demokrasi yang harus diguna pakai Umno.

Perhimpunan Agung Umno Umno selama empat hari itu diadakan hampir dua bulan selepas parti itu mencatatkan prestasi terburuknya dalam pilihan raya umum, hanya memenangi 26 kerusi. Barisan Nasional yang dianggotai Umno hanya memenangi 30 kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.