
Mereka terbunuh ialah pemandu kereta yang belum diketahui identitinya serta Thiban Elangoh, 25, yang juga penumpang belakang.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Iskandar Puteri, Ronnie Robert berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 pagi.
“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas sendiri. Kami menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan mengeluarkan kesemua mangsa.
“Pemandu serta seorang penumpang bahagian belakang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala dua lagi cedera,” katanya dalam kenyataan.
Mereka yang cedera ialah R Shantihasheelan, 26, dan R Kohlilan, 29.
Katanya, mangsa meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 pagi.