Bantuan khas RM700 untuk kakitangan awam 

Bantuan khas RM700 untuk kakitangan awam 

Jabatan Perkhidmatan Awam berkata bayaran bantuan khas RM700 akan dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah pada 17 Januari.

Bantuan itu turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan bantuan khas kewangan RM700 untuk kakitangan awam pada 2023.

Dalam pekeliling, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPA Zulkapli Mohamed berkata, kakitangan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional, selain kumpulan sokongan Gred 56 ke bawah akan menerima bantuan itu.

Pemandu yang dilantik sendiri anggota pentadbiran, hakim, dan pesuruhjaya kehakiman, selain kakitangan di bawah program MyStep juga layak mendapat bantuan itu.

Tambahnya, bantuan RM350 juga akan diberi kepada pesara kerajaan dan veteran berpencen atau tidak menerima pencen.

Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi termasuk yang memangku atau ditukar sementara tidak layak menerimanya elaun ini.

Begitu juga mereka yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat, atau meletak jawatan dalam tempoh 1 hingga 17 Januari depan.

Zulkapli berkata, bayaran akan dibuat mulai 17 Januari 2023.

“Tertakuluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.