
Dijangka memanfaatkan lebih 70,000 penerima, perkembangan ini menyusuli pengumuman oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai BKK bagi penjawat awam dan pesara.
Bantuan akan disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri.
“Peluasan asas hasil kerajaan dalam penstrukturan semula kewangan awam memberi sedikit sebanyak ruang untuk berkongsi hasil negara secara saksama,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.
Terdahulu, Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah (Skim Saraan Perkhidmatan Awam) dan Gred 56 ke bawah (Sistem Saraan Malaysia) yang akan dibayar minggu depan.
Beliau turut mengumumkan RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.