
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar sebuah unit khas ditubuhkan bawah Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan itu.
“Malaysia telah berhadapan dengan masalah kehilangan bakat sejak dari tahun 1970-an,” katanya dalam kenyataan.
“Perlu ada sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi masalah ini, yang perlu merangka dasar agresif untuk mengubah situasi kita dari kehilangan bakat-bakat cemerlang kepada menjadi sebuah negara yang menarik bakat-bakat ini.”
Sebagai langkah permulaan bagi mengekalkan bakat tempatan, katanya, kerajaan perlu menyelesaikan aduan petugas kesihatan dan masalah yang dihadapi doktor kontrak.
“Malaysia tidak memerlukan doktor kontrak, sebaliknya mereka ini sepatutnya diserap ke dalam sistem kesihatan awam negara,” katanya.
Terdahulu, bekas dekan fakulti perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sekurang-kurangnya 30 graduan perubatan terbaik institut berkenaan berhijrah untuk berkhidmat di Singapura setiap tahun.
Katanya, keadaan itu adalah disebabkan kegagalan kerajaan menyelesaikan isu dalaman kakitangan penjagaan kesihatan.