4,500 doktor kontrak ditawar jawatan tetap

4,500 doktor kontrak ditawar jawatan tetap

Seramai 935 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan akan ditawarkan jawatan tetap.

doctor
Sejak 2023 hingga tahun ini, kerajaan meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak ke jawatan tetap.
PETALING JAYA:
Seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap tahun depan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata sejak 2023 hingga tahun ini, kerajaan meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak ke jawatan tetap.

“(Ini) termasuk pengisian tahunan, sejumlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat sambil menambah 935 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan akan ditawarkan jawatan tetap tahun depan.

Beliau berkata, elaun tugas atas panggilan (Etap) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40% berkuat kuasa 1 Okt lalu dengan peruntukan tambahan RM120 juta setahun.

“Umpamanya, doktor pakar yang diarah bertugas atas panggilan aktif pada hari cuti, kadar Etap ditingkatkan kepada RM350 berbanding RM250.”

Menurutnya, kerajaan turut bersetuju menetapkan semula kadar fi perundingan antara RM10 hingga RM80 berbanding RM10 sehingga RM35 sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.