
“Tidak betul,” kata Sulaiman, yang juga ADUN Lendu, ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan semalam bahawa Sulaiman akan meletak jawatan pada 3 Jan untuk memberi laluan kepada Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.
Ini kali kedua spekulasi itu timbul selepas kali pertama dilaporkan pada Mei apabila dikatakan ketua menteri dipaksa untuk meletak jawatan.
Sulaiman turut menafikannya ketika itu dengan berkata, beliau masih ketua menteri dan akan terus berkhidmat selagi mana dikehendaki pucuk pimpinan.
Menurutnya, itu dakwaan yang berniat untuk mengganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri yang diterajuinya selepas PRN Melaka.