
Menterinya, Tiong King Sing berkata, ia selaras saranan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mahu agensi kerajaan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran serta pembelian pakaian baharu bagi sesebuah majlis demi mengelakkan pembaziran perbelanjaan.
“Keputusan ini dibuat tepat pada masanya dan merupakan tindakan terpuji, lebih-lebih lagi di saat negara berdepan peristiwa duka susulan banjir yang berlaku di Pantai Timur serta tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan banyak nyawa, termasuk kanak-kanak.
“Dalam kejadian banjir, ramai pemain industri pelancongan turut terjejas dengan barangan dan premis perniagaan rosak akibat bencana itu,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau berkata, kementeriannya akan sedaya upaya memastikan pemain industri pelancongan dapat bangkit semula selepas bencana banjir.
Terdahulu, Anwar mengumumkan keputusan membatalkan penganjuran Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini.