
PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 menurut sedikit semalam dengan 858 kes baharu dilaporkan berbanding 984 kes pada hari sebelumnya, sementara tiga kematian.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,02,242 kes dan 36,824 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 14,590 kes aktif Covid-19, termasuk 46 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 859 pesakit menerima rawatan di hospital bagaimanapun tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Sementara 13,685 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Seramai 1,119 pesakit dilaporkan sembuh.