
Ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan, lapor Bernama.
Anwar berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok.
Semalam dilaporkan, RUU itu dibentangkan bertujuan untuk membayar gaji penjawat awam dan perbelanjaan operasi lain bagi memastikan kerajaan dapat berjalan lancar sehingga bajet baru diluluskan.
Kerajaan dijangka menggunakan satu seksyen di dalam Akta Kumpulan Wang Pembangunan yang membenarkan bajet tambahan untuk perbelanjaan tidak dirancang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Okt lalu oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan jumlah peruntukan RM372.3 bilion tetapi tidak diluluskan kerana Parlimen dibubarkan tiga hari kemudian untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Anwar dijangka membentangkan bajet 2023 baharu seawalnya tahun depan.
Beliau dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji cadangan dalam bajet yang dibentangkan kerajaan sebelum ini dan membuat beberapa perubahan yang perlu sebelum membentangkan bajet kerajaannya.