
Katanya, Putrajaya tidak sepatutnya hanya menawarkan tuala wanita di kementerian atau pejabat kerajaan semata-mata.
“Kita sokong untuk membantu rakyat. Sasaran adalah (golongan) B40, orang susah sampai ke tempat Orang Asli,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis, di sini.
Pada Isnin, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata kementeriannya akan mula menyediakan tuala wanita percuma bermula di ibu pejabat Kementerian Kesihatan dalam menangani kemiskinan haid.
Katanya, inisiatif itu bagi melihat aspek pengoperasian serta maklum balas segera.
Nancy ketika mengulas lanjut berkata inisiatif diambil Kementerian Kesihatan perlu melangkaui di pejabat semata-mata.
“Kalau di pejabat itu mungkin mekanisme itu agak susah kita nak kata ini orang B40 kan? Kalau pejabat melainkan orang luar datang untuk guna,” katanya.
Katanya, pihaknya bagaimanapun akan menumpukan kepada memberi mendidik remaja mengenai perkara itu.
Inisiatif Zaliha itu mengundang kritikan daripada warganet termasuk Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, yang menyatakan bantuan tuala wanita percuma perlu disalurkan kepada golongan lebih memerlukan.