
Loke yang sering berdebat dengan Wee di Parlimen mengenai isu pengangkutan berkata, beliau dan Wee berkawan.
“Ada masanya saya perlu bersuara sedikit agresif (ketika berdebat di Parlimen). Tetapi saya tiada masalah dengan Wee,” katanya menurut laporan China Press.
“Kami masih menelefon satu sama lain dan berbual ketika bertemu di Parlimen,” katanya sambil menambah beliau dan Wee tidak pernah berdendam.
Loke mengambil alih jawatan itu daripada Wee, yang dilantik menerajui Kementerian Pengangkutan susulan kejatuhan kerajaan Pakatan harapan (PH) pada Februari 2020.
Sebelum itu, Loke merupakan menteri pengangkutan selepas PH memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 2018.