1,576 kes baharu, 3 kematian

1,576 kes baharu, 3 kematian

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,001,908 kes dan 36,716 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 21,800 kes aktif Covid-19, termasuk 98 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 1,576 kes baharu semalam berbanding 1,502 pada hari sebelumnya, sementara tiga kematian.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,001,908 kes dan 36,716 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 21,800 kes aktif Covid-19, termasuk 98 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 69 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,504 orang atau 6.9% menerima rawatan di hospital.

Sementara 20,189 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 2,278 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.