
“Oleh kerana 21 hingga 24 Dis cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka PAU ditangguh,” tulisnya di Twitter.
Beliau berkata, notis penangguhan PAU 2022 akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi.
Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pada 2020, tetapi ditangguhkan akibat perintah kawalan pergerakan dan “lockdown” ketika pandemik Covid-19.
Julai lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan meluluskan permohonan Umno untuk meminda perlembagaannya dan menangguhkan pemilihan parti sehingga enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU) atau sehingga 18 bulan dari akhir penggal pucuk pimpinannya, yang mana lebih lewat.
Bulan lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii berkata, pemilihan parti tidak akan diadakan pada perhimpunan agung akan datang, sebaliknya ia akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU selesai.